icon-search

3 Tips Jimat Kereta Insurans

3 Tips Jimat Kereta Insurans

Kami akan berkongsi 3 TIPS berkesan yang dapat Menjimatkan Harga Insurans kereta anda. Dengan panduan ini, anda TIDAK MEMBAZIR duit semasa perbaharui insurans kereta pada masa depan.

TIPS PERTAMA – No Claim Discount (NCD) Maksimun Diskaun sehingga 55%

No Claim Discount ialah sejenis bentuk diskaun untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan (claim) dalam tempoh setahun. Semakin tinggi diskaun yang akan anda dapatkan jikan tidak membuat sebarang tuntutan, maksimum sehingga 55%. 

Berapakah penigkatan NCD setiap tahun?

4207784.jpeg

Di manakah saya boleh menyemak NCD?

Anda boleh nampak NCD di atas insurans slip kereta anda. Sekiranya insurans slip tidak bersama anda sekarang, anda juga boleh menyemak di NCD Check Online dengan hanya masukkan No. Kereta Plat dan No. Pemilik IC.

TIPS KEDUA – Semak Nilai Pasaran Kereta - Market Price / Agreed Market Price

Tips ini untuk memastikan anda TIDAK MEMBAZIR duit menginsuranskan kereta anda pada jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa. Ini kerana sekiranya ada tuntutan dibuat, pihak syarikat insurans akan membuat taksiran berdasarkan nilai pasaran semasa. (Market Value / Agreed  Market Value)

Bagaimana anda nak semak nilai pasaran semasa?

Anda sekarang boleh mudah mendapatkan informasi dengan GOOGLE nilai pasaran jenis kereta anda atau menyemak di laman web berikut:- Semak Nilai Pasaran Semasa 

Anda dinasihati supaya mengikut Agreed Market Value, iaitu nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga syarikat insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Ini kerana jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.

TIPS KETIGA –  Jaga dan Kekalkan kereta dalam keadaan Bagus

Kereta yang tidak di-service secara teratur mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan boleh mengakibatkan kemalangan. Selenggaralah kereta secara berjadual untuk mengurangkan risiko kemalangan. Apabila tiada kemalangan, No Claim Discount (NCD) anda dapat dikekalkan untuk penjimatan harga insurans jangka masa yang panjang.

Dengan 3 Tips di atas, anda dapat menjimatkan duit insurans kereta setiap tahun. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai insurans kereta, sila LIKE facebook page dan kunjungi ke www.roadtaxsarawak.com



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping