icon-search

Bolehkah NCD (No Claim Discount) Dipindah dan Caranya?

Bolehkah NCD (No Claim Discount) Dipindah dan Caranya?

NCD adalah singkatan bagi No Claim Discount yang bermaksud Diskaun Tanpa Tuntutan. 

NCD adalah seperti ganjaran kepada pemilik kereta jika tiada sebarang tuntuan terhadap insurans kereta dalam tempoh setahun (12 bulan) . Kadar NCD paling tinggi dapat sampai ke maksimun 55%.

Berikut adalah senarai kadar NCD bagi kereta dan motosikal:

74426615_433893750649712_5169229866448453632_n.jpg

Sebab-sebab pemilik kereta akan memindahkan NCD adalah:-

1. Membeli kereta baru dengan nilai premium insurans yang tinggi

2. Membuat tuntutan insurans kereta tahun lepas dan NCD menjadi 0%


Kadar NCD adalah berdasarkan nama pemilik dan bukan nombor plat kereta. NCD hanya boleh dipindahkan sekiranya anda adalah pemilik kenderaan lama dan baru. Sekiranya anda tidak pasti kelayakan kadar NCD anda, anda boleh menyemaknya secara online dengan click di SINI


Sebagai contoh anda mempunyai perodua Myvi tahun 2012 yang kadar NCD sudah mencapai maksimum 55%. Kenderaan baru (Toyta Hilux) adalah 0%. Dengan memindah NCD dari kereta lama ke baru, anda dapat menjimatkan duit dalam pembayaran insurans kereta baru yang tinggi.


Cara untuk memindah NCD:

  • Bawa dokumen lengkap seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat yang berkaitan dengan jualbeli kereta baru.
  • Hubungi ejen yang perbaharui insurans kereta lama anda untuk membuat pengeluran NCD (Withdraw NCD)
  • Isi borang, tandatangan, bayar kadar lebihan NCD secara pro rata daripada insurans kereta lama.
  • Selepas siap pengeluaran NCD daripada kereta lama, hanya bagi maklumat nombar plat kereta lama ke syarikat atau penjual kereta baru.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai insurans kereta, sila LIKE facebook page dan kunjungi ke www.roadtaxsarawak.com



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping